Friday, December 31, 2010

Kesetiaan

Adakalanya kau terlalu mahal
Adakalanya engkau terlalu jauh
Untuk ku gapai..untuk kucapai..

Selangkah derap aku melangkah
Seribu tapak engkau berlari
Seribu tapak aku mengejarmu
Sejuta langkah kau menjauhi ku..

Tapi..adakalanya engkau begitu murah..
Tidak dijemput engkau datang
Tidak diundang engkau hadir
Tapi...hanya adakalanya...bukan selalu..

Aku rebah ke kiri..kau sanggup rebah ke kanan
Aku jatuh ke depan..kau tetap setia dibelakang
Aku kebuluran..kau sanggup berganding kelaparan
Aku kehausan..kau sanggup mati dahaga..

Aku mengharapkan ianya selalu..selalu dan selalunya..

Wednesday, December 29, 2010

KERANA BULU MATA MASUK KE SYURGA

Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah,

“Tidak demi langit dan bumi,sungguh tidak benar. saya tak pernah malakukan perkara itu…”

“Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul² telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa”

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada. Kemudian dia pun menyanggah, “mana saksi2 yg engkau maksudkan? disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja.”

Jawab malaikat, “Inilah saksi-saksimu…”

Tiba-tiba mata berbicara,“Saya yang memandang,”

disusuli dengan telinga,“Saya yang mendengar perkara itu”

Hidung pun tidak ketinggalan,“Saya yang mencium”

Bibir pun mengaku dengan slumbernye,“Saya yang merayu”

Lidah menambah dengan berani,“Saya yang menjilat dan menghisap”

Tangan tanpa malu meneruskan,“Saya yang meraba dan meramas”

Kaki pula menyusul,“Saya yang berjalan dan berlari semasa itu”

“Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu,” ujar malaikat. Orang tersebut x dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, ” Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini.”

Malaikat menjawab dengan tenang,“Silakan wahai bulu mata”

“Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seora ng hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.”

Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:

“Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata..”

YAHUDI AMERIKA MEMELUK ISLAM DI GAZA

"Saya ingin memaparkan seorang Yahudi yang memeluk Islam yang mendapat nur Islam daripada berdialog dengan seorang Muslim dengan berchatting di internet.Ketika memutuskan pindah ke Israel sekitar sepuluh tahun lalu, Joseph Cohen, seorang Yahudi yang berasal dari Amerika Syarikat, berniat untuk mempelajari dan mendalami ajaran Yudaisme dengan lebih baik. Dia sangat yakin bahawa dengan berhijrah ke Israel akan membuat keyakinan agamanya kian menebal.

Cohen kemudian menetap di perkampungan Yahudi di Gush Qatif di Gaza, sebelum wilayah itu ditinggalkan oleh tentera Israel pada tahun 2005. Setelah tiga tahun menetap di rumah barunya, tanpa diduga, Cohen bertemu dengan seorang Syeikh yang berasal dari UAE. Pertemuan itu membuka pintu dialog antara dirinya dengan tokoh Muslim tersebut.

Keduanya berdialog dan bertukar-tukar pendapat dengan berchatting secara berjauhan melalui internet. Rupanya, dialog itu secara perlahan membuka pintu hati Cohen pada cahaya Islam. Hatinya seperti mulai terbuka untuk menerima hidayah. Sehingga dia benar-benar memutuskan untuk mengucap dua kalimat syahadah setelah yakin akan kebenaran Islam yang disampaikan oleh Syaikh itu melalui proses dialog dalam chatting. Bahkan tanpa ragu, dia kemudian mengganti namanya dengan Yousef al-Khattab.

Alhamdulillah, langkah Cohen yang telah menggantikan nama menjadi Yousef itu diikuti oleh isteri dan empat orang anaknya. Mereka mengikut keputusannya untuk menjadi mualaf. Namun tindakan Cohen di tentang hebat oleh saudara-maranya. Keluarganya yang dikenali taat pada ajaran Yahudi tak lagi mengakui Cohen sebagai saudara mereka. Keluarganya tidak suka melihatnya masuk Islam. Apalagi Yousef kemudian aktif berdakwah di kalangan Yahudi.

”Saya sudah tidak lagi berhubungan dengan keluarga saya. Kita tidak boleh memutuskan hubungan kekeluargaan, tapi pihak keluarga saya adalah Yahudi dengan taat dengan ke-Yahudi-annya. Saya tidak ada pilihan lain, selain memutuskan hubungan dengan mereka buat masa ini.

Yousef bukan sekadar menjadi Muslim. Dia memutuskan untuk menjadi pendakwah bagi kalangan Yahudi. Dia mengakui, berdakwah di kalangan Yahudi bukan pekerjaan yang mudah. Pertama kali yang harus dilakukan untuk mengenalkan Islam adalah, bahawa hanya ada satu jalan yang lurus dalam Islam iaitu jalan yang dibawa oleh Rasululullah SAW yang kemudian diteruskan oleh para sahabat dan penerusnya hingga sekarang.

”Cara yang paling baik untuk membuktikan bahawa Islam adalah agama untuk semua umat manusia adalah dengan memberikan penjelasan berdasarkan ayat-ayat Alquran dan yang membedakan antara umat manusia adalah ketaqwaannya pada Allah semata,” tuturnya.

”Islam bukan agama yang rasis. Kita punya bukti-bukti yang sangat kuat, firman Allah dan perkataan Rasulullah SAW. Kita berjuang bukan untuk membenci kaum kafir. Kita berjuang hanya demi Allah semata, untuk melawan mereka yang ingin membunuh kita, yang menjajah tanah Air kita, yang menyebarkan kemungkaran dan menyebarkan ideologi Barat di negara kita,” sambungnya.

Berdasarkan pengalamannya, dia melihat dasar ajaran agama Yahudi sangat berbeza dengan Islam. Perbezaan utamanya adalah dalam masalah tauhid. Agama Yahudi, kata Yousef, percaya pada perantara dan perantara mereka adalah para rabbi. Orang-orang Yahudi berdoa selepas perantaraan rabbi-rabbi. ”Yudaisme adalah kepercayaan yang berbasiskan pada manusia. Berbeza dengan Islam, agama yang berbasis pada Alquran dan Sunnah. Di semua masjid di seluruh dunia, Al-Quran yang kita dengarkan adalah Al-Quran yang sama,” katanya.

Selain itu, Yousef mengungkapkan, Yahudisme juga berpaksikan pada ‘tradisi oral’, misalnya kitab Talmud yang disusun berdasarkan informasi dari mulut ke mulut yang kemudian dibukukan. Sehingga kesahihan kitab tersebut boleh dipertikaikan. Menurutnya, kitab Taurat yang diyakini kaum Yahudi sekarang memiliki sebelas versi yang berbeza dan naskah-naskah Taurat itu bukan lagi naskah asli.

”Alhamdulillah, Allah memberikan rahmat pada kita semua dengan agama yang mudah, di mana banyak orang yang mampu menghafal Alquran dari generasi ke generasi,” jelasnya seraya mengatakan dialog merupakan cara terbaik dalam berdakwah di kalangan Yahudi.

Salam Ukhuwah..~